Ahad, 20 Disember 2009

Sucikah Puteh??

Kata orang, Jangan menilai orang dari memandang luaran.. tapi sikap orang. pandangan luaran yang indah lah yang mengaburkan segala cela.. owh,kita sering terperdaya dengan pandangan pertama.. indah di jamah mata tapi akhirnya perit menikam jiwa..

Realitinya.. bagaimana kita menilai seseorang itu?? dari tutur bicara?? atau santun langkahnya?? apa pun jua cara yang kita teka, namun menilai peribadi manusia bukan semudah A B C..

Pegalaman sewaktu aku menuntut di tingkatan 3 membuatkan aku tidak mudah percaya dan terperdaya dengan golongan yang berkopiah.. entahlah.. walaupun naluri ku songsang tapi perbuatan Mat Kopiah itu amat tidak boleh diterima dek akal ku.. agaknya berapa ramai anak teruna orang telah dijamahnya..

Dia seorang yang berpengaruh.. gelaran pun ustaz.. semua orang hormat padanya.. ohh tidak sekali aku..makin dipuji makin geli geleman aku dibuatnya..

Dia menjadikan kuaters tempat tinggalnya sebagai umpan kepada kawan2 aku termasuk aku.. mudah benar anak2 muda sebaya aku ketika itu termakan umpanya.. sape tak mahu kan.. orang yang digelar ustaz mempelawa untuk mengajar sedikit banyak ilmu yang dipelajarinya.. meloncat gembira lah mereka2 yang ingin menduduki perperiksaan ketika itu dapat kelas tuisyen percuma..

Malam pertama, kelas tuisyen yg dianjurkan berjalan lancar.. mana yang punya motor sendiri pulang kerumah, bagi yang tidak akan bermalam kerumahnya dan ke esokanya akan ke sekolah dari rumah Si mat kopiah.. begitu juga pada keesokanya..

Malam ketiga, selepas penat mentelaah, mata pun sedah berat untuk terus membaca.. aku terlena.. Si mat Kopiah telah mengejutkan aku dan mempelawa aku tidur di biliknya.. hermmm beshnyer la tido beralas TOTO dan bantal golek kan.. tetiba aku terasa hangat kat tuut dan sedapnya sampai terangkat pinggul ku..

Shitt!!!!!!!! apa orang tua ni buat ni.. aku takut n gelabah, mcm2 aku pk dalam benak fikiran aku.. dan aku membetulkan letak tubuhku dari terlentang ke meniarap.. dia menghempap tubuh genitku.. lalu berbisik.. "jangan takut.. sy tak apa2 kan awak.. saya nak uji keimanan awak"

aku amat keliru, benar apa ungkapnya atau mau menutup aibnya.. sekali lagi dia mengorak langkan.. menjilat cubing telinga ku.. kegelianya buat aku tersentap aku tepis tubuhnya dan aku sepak kemaluanya.. dan malam itu aku terus keluar dari rumah itu dengan berbalut pelikat menuju kerumah.. sejuknya angin malam tak terkata.. bagai jatuh ditimpa tangga.. dikejar anjing pula depertengahan perjalanan aku menuju kerumah..

Sejak dari itu aku tidak lagi beranikan diri bermalam di rumah siapa pun.. dan aku tidak mudah mempercayai ustaz.. dan sejak itulah aku tidak suka berkawan dengan lelaki kecuali mereka2 yang mengerti apa dalam hati aku..

Rabu, 16 Disember 2009

Cinta Yang Tak Kesampaian

Hampir berbulan rasanya aku tidak bersembang dengan Si Bugis (gelaran si dia sewaktu mula perkenalan).. Hubungan kami hambar apabila dia berbaik semula dengan XBF dia.. hampa dan kecewa.. tapi aku kuatkan hati untuk terus tabah n menerima kenyataan tersebut..

Manakan tidak aku rasa sangat tertipu, kerana dialah orang pertama yang telah membuka hati aku untuk bercinta lagi setelah hampir setahun aku sendiri.. Aku tertarik dengan pembawakan dirinya, senyumanya buat debaran jantungku makin kencang.. aduh.. mengapa kau hadir sekadar cuma seketika bersamaku???

ahhhhh.. sakit.. memang sakit bila aku memikirkan kisah cinta ku yang tidak kesampaian itu..

Tapi sejak kebelakangan ini kerap pula si Bugis bersembang dengan ku di alam maya.. kalu sebelum ini berkali aku bertanya, sepatah belum tentu ada jawapnya.. tapi kali ini dia pula lebih dari aku.. nak kata ingin mencuba sekali lagi utk bersama mungkin tidak.. Si bugis telahpun berkahwin beberapa bulan yang lalu..

Ok, aku tidak mahu bermain teka teki, dan aku juga tdak mahu melukakan hati aku lagi.. cukupla aku bersembang sekadar teman biasa, dan berharap Masjid yang dibina Si Bugis berkekalan tanpa ada ribut yang melanda..

Ahad, 29 November 2009

KELIRU

Sedari awal aku tau perasaan ini mula timbul dalam setiap hembusan nafas ku.. tak tahu dimana pangkalnya aku tertarik pada senyuman sang pria.. owh.. dan ianya benar.. tidak pulak sekali ianya terasa dibohongi.. sungguhpun begitu, aku faham benar akan kehendak dunia di sekeliling ku.. perasaan ku itu salah.. tapi apakan daya, aku insan yang lemah, iman ku tak sekeras karang di laut dalam.. aku hayut dalam mainan lakonan ciptaan Nya..


Aku percaya, akan ada perubahan dalam putaran masa ku ini.. kerana aku juga mahu berkeluarga, mempunyai zuriat sendiri.. cuma masanya masih belum tiba untuk aku berada di landasan yang benar.. berikan aku sedikit masa utk aku berada di haluan yang lain.. salah??jijik?? pada aku, jijik lagi melihat sang suami yang punya anak tetapi masih mencari makan di luar, bahkan ada juga yang tertewas dengan wanita jadian di lorong gelap..


Sekurangnya aku tidak merobek hati dan perasaan seorang yang bernama wanita...