Rabu, 16 Disember 2009

Cinta Yang Tak Kesampaian

Hampir berbulan rasanya aku tidak bersembang dengan Si Bugis (gelaran si dia sewaktu mula perkenalan).. Hubungan kami hambar apabila dia berbaik semula dengan XBF dia.. hampa dan kecewa.. tapi aku kuatkan hati untuk terus tabah n menerima kenyataan tersebut..

Manakan tidak aku rasa sangat tertipu, kerana dialah orang pertama yang telah membuka hati aku untuk bercinta lagi setelah hampir setahun aku sendiri.. Aku tertarik dengan pembawakan dirinya, senyumanya buat debaran jantungku makin kencang.. aduh.. mengapa kau hadir sekadar cuma seketika bersamaku???

ahhhhh.. sakit.. memang sakit bila aku memikirkan kisah cinta ku yang tidak kesampaian itu..

Tapi sejak kebelakangan ini kerap pula si Bugis bersembang dengan ku di alam maya.. kalu sebelum ini berkali aku bertanya, sepatah belum tentu ada jawapnya.. tapi kali ini dia pula lebih dari aku.. nak kata ingin mencuba sekali lagi utk bersama mungkin tidak.. Si bugis telahpun berkahwin beberapa bulan yang lalu..

Ok, aku tidak mahu bermain teka teki, dan aku juga tdak mahu melukakan hati aku lagi.. cukupla aku bersembang sekadar teman biasa, dan berharap Masjid yang dibina Si Bugis berkekalan tanpa ada ribut yang melanda..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan