Sedari awal aku tau perasaan ini mula timbul dalam setiap hembusan nafas ku.. tak tahu dimana pangkalnya aku tertarik pada senyuman sang pria.. owh.. dan ianya benar.. tidak pulak sekali ianya terasa dibohongi.. sungguhpun begitu, aku faham benar akan kehendak dunia di sekeliling ku.. perasaan ku itu salah.. tapi apakan daya, aku insan yang lemah, iman ku tak sekeras karang di laut dalam.. aku hayut dalam mainan lakonan ciptaan Nya..
Aku percaya, akan ada perubahan dalam putaran masa ku ini.. kerana aku juga mahu berkeluarga, mempunyai zuriat sendiri.. cuma masanya masih belum tiba untuk aku berada di landasan yang benar.. berikan aku sedikit masa utk aku berada di haluan yang lain.. salah??jijik?? pada aku, jijik lagi melihat sang suami yang punya anak tetapi masih mencari makan di luar, bahkan ada juga yang tertewas dengan wanita jadian di lorong gelap..
Sekurangnya aku tidak merobek hati dan perasaan seorang yang bernama wanita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan